Little Hero Yusuf Bijak, Bujibu Chempel Setuju! — Rupanya Ini Rahsia Mommy Hanis Rangsang Hubungan Sel-sel Otaknya

little-hero-yusuf-bijak-bujibu-chempel-setuju-rupanya-ini-rahsia-mommy-hanis-rangsang-hubungan-sel-sel-otaknya
Selain faktor genetik, kepintaran seorang anak kecil itu juga bergantung kepada sel-sel otaknya yang saling berhubung. Rupanya ini ‘rahsia’ Mommy `Hanis Zalikha dan Daddy Hairul Azreen. 
 

TAHUKAH anda, kebanyakan sel-sel otak hanya berhubung selepas si manja anda dilahirkan? Untuk pengetahuan anda, walaupun sel-sel otak terbentuk sebelum lahir, tetapi perhubungan sel –sel otak yang paling pesat berlaku pada 3 tahun yang pertama kehidupan manusia. Pada ketika inilah, otaknya sangat aktif sehingga 2 kali ganda daripada otak seorang dewasa. 


Bilakah Tempoh Kritikal Untuk Perkembangan Otak Si Manja?
Tumbesaran 3 tahun pertama kehidupan ini sangat kritikal kerana pada tempoh ini, anda perlu fokus dalam merangsang perhubungan sel-sel otak yang bertanggungjawab membentuk pemikiran, perasaan dan tingkah-laku si manja anda. Pada fasa ini, otak si cilik ‘bekerja’ melalui pengalaman yang diperolehinya menerusi deria melihat (mata), mendengar (telinga), menghidu (hidung), menyentuh (tangan) dan merasa (lidah).  


Apa Akan Terjadi Jika Si Manja Tidak Menerima Rangsangan yang Positif Secukupnya?
Sekiranya kanak-kanak menerima kurang rangsangan dan pendedahan kepada persekitaran yang menyokong perkembangan emosi dan fizikal, maka perkembangan otak mungkin terganggu dan melambatkan perkembanganya.
 
Tips Merangsang Otak Anak
TIPS 1 Berkomunikasi dan Berbual-buallah dengan ‘Little Hero’ Anda

Tahukah anda, kerap berkomunikasi dan berbual-bual dengan si manja dapat memberikan impak positif kepada aspek perkembangan mindanya? Proses ini boleh membantu si kecil anda menambah dan memperkaya perbendaharaan kata sebagai ‘input’ fikirannya. Sebagai contoh, anda boleh bercakap-cakap semasa menemaninya bermain anak patung/robot, bermain masak-masak, bergurau-senda dengan haiwan peliharaan, ataupun membacakan buku cerita kesukaannya selama 10 minit setiap malam sebelum tidur. 

Ini Cara Mommy Hanis Merangsang Hubungan Sel-Sel Otak Little Hero Yusuf… di Dapur!
Little Hero Yusuf dan Little Hero Bujibu Chempel memiliki ikatan yang sangat istimewa. Bagaikan isi dengan kuku, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan! Bagi Mommy Hanis Zalikha dan Daddy Hairul Azreen, mereka tidak melepaskan peluang memanfaatkan kehadiran Little Hero Bujibu Chempel, kucing peliharaan mereka (kini mempunyai 1.1 juta pengikut di laman Instagramnya, @bujibuchempel, oh wow!) sebagai teman untuk Little Hero Yusuf bermain dengan aktif. Secara tidak langsung, Little Hero Yusuf turut sama dididik agar menyayangi dan melindungi haiwan seperti Little Hero Bujibu Chempel — dengan penuh kasih sayang.  

Mommy Hanis aka #ChefKekNis tidak melepaskan peluang menyediakan Carbonara lazat lagi berkhasiat, sajian kegemaran Yusuf — dengan kehadiran Daddy Hairul, Little Hero Yusuf dan kawan baiknya, Little Hero Bujibu Chempel di dapur! 
 
 

True love ❤️😂

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on



Buat peminat tegar #ChefKekNis, kalian pasti tahu bagaimana cerewet dan telitinya Mommy Hanis dalam menyaring, memilih dan menentukan ramuan sajian yang sesuai untuk Yusuf. Antara ramuan yang selalu #ChefKekNis gunakan dalam sajian adalah epal hijau, lobak merah, brokoli, tomato, isi ayam, ikan bilis, kentang dan bayam. 


Tetapi yang Paling Mommy Hanis Utamakan Adalah…
Pengambilan Susu Anmum Essential! Inilah keperluan Little Hero Yusuf yang amat penting dan paling diutamakan. Jangan hairan mengapa #ChefKekNis memilih Anmum Essential. Dengan kehadiran formula Mind-Q Connect, yang mengandungi DHA dan dua kali lebih Gangliosida (GA®), serta tanpa gula tambahan, supermom seperti Mommy Hanis tahu bahawa pengambilan susu Anmum Essential secara konsisten dengan diet seimbang memenuhi keperluan pemakanan Little Hero Yusuf. Pemakanan yang baik serta rangsangan positif daripada adalah amat penting dalam menyokong hubungan sel-sel otak si manja! 

Inilah kunci utama strategi supermom Hanis dalam membesar Little Hero Yusuf dari segi fizikal, mental dan emosi agar dia terus membesar sebagai anak yang pintar, cerdas, cergas, responsif, lincah dan aktif.  
 
 

1st day on #YusufBujibuRealityShow @bujibuchempel #AnmumEssential

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Ini Tips Mommy Hanis Supaya Anak Bebas daripada Sifat Penakut
Ramai netizen mengagumi sifat berani semula jadi yang ada pada diri Little Hero Yusuf. Bagaimana pula dengan si cilik anda? Ini panduan mudah Mommy Hanis dan Daddy Hairul yang boleh kalian praktikkan: 
 
TIPS 1 Jangan Halang Anak Daripada Mencuba Perkara Baru
Little Hero Yusuf sememangnya terkenal dalam kalangan netizen kerana tidak takut pada air. Bukan saja suka berenang di kolam yang luas, dia juga berani berenang di laut dalam! Bukan sahaja tidak takut air, Little Hero Yusuf juga nampaknya dididik supaya tidak takut haiwan atau serangga kecil seperti lipas. 
 
TIPS 2 Jangan Momok-momokkan Anak Tentang Suasana Gelap dan Mitos Hantu
Menurut Mommy Hanis dan Daddy Hairul, mereka tidak akan sekali-kali menakut-nakutkan Little Yusuf tentang suasana gelap seperti yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa. Hasil latihan ini, Little Hero Yusuf langsung tidak takut untuk masuk ke bilik yang gelap, bahkan tidak pernah menangis jika dibiarkan tidur sendirian di dalam bilik tidurnya tanpa ditemani oleh sesiapa. Syabas Little Hero!
 
 

🏄 tanning

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

TIPS 3 Didik Anak Untuk Atasi Ketakutannya Semenjak Dia Kecil 
Jika si kecil kelihatan takut pada sesuatu perkara/benda, nasihat Mommy Hanis, janganlah pula kita menjauhinya daripada perkara/benda tersebut. Sebaliknya, bawalah dia berhadapan dengan ‘ketakutannya’ itu. Sebagai contoh, jika anak anda dilihat takut pada haiwan, segeralah beri pengalaman baru kepada anak. Bawalah dia menyaksikan sendiri lebih banyak haiwan yang pelbagai rupa, bentuk, ragam dan sifat, misalannya dengan membawa anak mengunjungi zoo. Ia pasti menjadi satu pengalaman baru yang hebat. 

Apa Hanis Lakukan Jika Kadangkala Yusuf Tidak Sempat Makan Atau Terlepas Sajian?  
“Hanis tak risau kalau Yusuf skipped his meal kadangkala. Kenapa? Sebab Hanis tahu, nutrien-nutrien penting terdapat dalam susu Anmum Essential, jadi Hanis tak bimbang. Yusuf dapat nutrien-nutrien penting semasa #susutime. Hanis tahu inilah susu terbaik buat Yusuf kerana kandungan susu Anmum Essential tanpa gula tambahan, mengandungi DHA, dua kali lebih Gangliosida (GA) — semuanya ada untuk Little Hero Yusuf yang sedang membesar dan aktif ini.