Bila Daddy Hairul Kena Tinggal Dengan Little Hero, Phew! — Nasib Baik Ada ANMUM Essential

bila-daddy-hairul-kena-tinggal-dengan-little-hero-phew-nasib-baik-ada-anmum-essential
Ehem! Kali ini Mommy Hanis Zalikha mencari terapi seorang diri. Nampaknya misi hanya akan tercapai kalau Little Hero Yusuf dan Little Hero Bujibu Chempel ditinggalkan di rumah… di tangan Daddy Hairul Azreen! Errr, soalnya… boleh ke?
 
 Soalnya lagi, kenapa Mommy Hanis Zalikha tergamak tinggalkan Little Hero Yusuf dan Little Hero Bujibu Chempel? Rupa-rupanya ini sebabnya…



“A Happy Mom Is The Best Mom!”
Falsafah Mommy Hanis Zalikha amat mudah. Mommy Hanis percaya, ibu yang paling gembira merupakan ibu yang terbaik untuk anak-anaknya. Kata Mommy Hanis, “Setiap ibu di dunia haruslah menyayangi dan menjaga dirinya sendiri. Apabila hati seseorang ibu itu gembira dan penuh dengan kepuasan, maka dia pasti akan mencurahkan perasaan yang sama kepada keluarganya,” kata Mommy Hanis.



Dalam Episod My Little Heroes Yusuf & Bujibu yang ke-3, Mommy Hanis dilihat mengambil peluang menikmati ‘me time’ dengan mengunjungi salun kuku ‘I Nail Spa’ di MyTOWN Shopping Centre. Lalu secara automatik, Daddy Hairul Azreen menggalas tanggungjawab untuk menjaga dua Little Heros di rumah sepanjang ketiadaan Mommy Hanis.
 
Apa lagi yang para ibu boleh lakukan untuk menikmati ‘me time’ berkualiti?
  
Ayuh supermommies, kita cuba beberapa lagi tips Mommy Hanis ini.



25 Perkara Para ‘Supermom’ Patut Buat Untuk ‘Me Time’ 
Bayangkanlah rutin padat seorang suri rumahtangga seperti Mommy Hanis. Bangun seawal pagi untuk mencuci pakaian, mencuci pinggan-mangkuk, membersihkan bekas najis Little Hero Bujibu lalu memberinya makan, memandikan Little Hero Yusuf, mengemas rumah, menyediakan sarapan, memeriksa e-mel daripada klien, menjemur pakaian yang sudah siap dicuci, ahhhh… berbagai lagi rutin yang harus dilangsaikan oleh supermom.
 
Selain membuat rawatan kuku di spa kecantikan seperti Mommy Hanis, kami bawakan 25 perkara lagi yang para ibu patut lakukan untuk menggembirakan dirinya.
 
1. Menelefon sahabat baiknya
2. Berjalan-jalan di taman selama 10 minit untuk menikmati sinar matahari pagi dan udara segar
3. Menulis surat cinta untuk pasangan
4. Mengalunkan muzik kegemaran dan menari sewaktu sedang mengemas rumah
5. Minum secangkir teh panas bercampur madu dan perahan lemon
6. Bermeditasi untuk merelakskan minda
7. Tidur seketika untuk menghilangkan lelah
8. Pergi ke gim
9. Pergi ke salun untuk membuat rawatan syampu, urut kepala dan wap rambut
10. Membaca novel kesukaan
11. Membaca majalah, dari kulit ke kulit
12. Memandu, walaupun untuk membeli sebungkus garam di hypermarket
13. Berendam di dalam tab mandi dengan percikan wangian aromaterapi aroma mawar, strawberi ataupun lavender
14. Menonton rancangan TV kesukaan
15. Menulis diari atau jurnal harian
16. Masak makanan yang disukainya
17. Lepak-lepak santai di luar rumah sambil duduk menikmati secangkir kopi panas yang dirumus daripada biji kopi terpilih 
18. Memilih lagu-lagu rancak kesukaan untuk dijadikan ‘playlist bersenam
19. Membeli-belah
20. Melayar Facebook atau Instagram selama setengah jam untuk melihat perkembangan terkini
21. Menonton Netflix
22. Melihat matahari terbit atau terbenam
23. Rias semula meja solek supaya cantik dan kelihatan baru
24. Menambah kemahiran, misalnya belajar menjahit atau membuat kek
25. Merombak pakaian di dalam almari, berikan pakaian lama yang tidak lagi muat dipakai kepada orang lain yang mungkin memerlukan



Ini Tips Berguna Untuk Para Daddy Menjaga Si Manja Walaupun Tanpa Kehadiran Mommy
Nampaknya agak mencabar juga perjalanan separuh hari Daddy Hairul apabila dia perlu menguruskan Little Hero Yusuf dan Little Hero Bujibu semasa ketiadaan Mommy Hanis.
 
Little Yusuf agak ‘cranky’ pada pagi itu. Ketika Daddy Hairul sibuk memasak menyediakan sarapan, Little Yusuf terserlah tidak sabar mahu segera makan. Selesai sahaja makan, Little Yusuf terus didodoikan oleh Daddy sehinggalah dia terlelap dengan sendirinya. Hanya selepas itu Daddy Hairul dapat meneruskan agendanya untuk mengemas rumah sebagaimana yang telah dipesan oleh Mommy Hanis.
 
Ya, agak mencabar bukan jika Daddy tidak menangani situasi itu dengan relaks dan tenang. Tetapi hey, Daddy Hairul memang hebat. Semuanya berjaya diurus dengan baik dan sempurna!
 
Berikut beberapa perkara yang para Daddy wajar lihat dan atasi supaya si manja mudah diuruskan walaupun tanpa kehadiran Mommy.



 Mungkinkah Si Manja Anda Lapar?
Sekiranya si manja menangis, itu mungkin merupakan petanda bahawa dia berasa lapar. Namun, jika para Daddy peka terhadap isyarat-isyarat awal yang ditunjukkan oleh si manja, si manja barangkali tidak akan sempat menangis pun.
 
Antara bahasa isyarat yang wajar diperhatikan adalah seperti berikut:
  1. Anak memasukkan tangannya ke dalam mulut
  2. Anak mengemam ulas bibirnya
  3. Anak melelehkan air liur dan mulutnya mengeluarkan bunyi berdecap-decap apabila melihat orang lain makan
  4. Anak menggerakkan kepalanya ke arah tangan anda apabila anda mengusap-usap pipinya


Mungkinkah Si Manja Bosan Melakukan Perkara Rutin yang Serupa?
Seandainya si manja mula merengek-rengek, mulai menangis atau menarik-narik pakaian anda, itu juga merupakan satu petanda bahawa dia sudah mulai berasa bosan. Si manja mungkin sedang cuba memberitahu anda bahawa dia mahu dibawa ke satu lokasi yang lain/baru. Misalnya, mahu keluar dari katil berpagar tempat dia berbaring.
 
Jadi Daddy perlulah berfikir dengan kreatif apabila menemani si manja. Cuba lakukan sesuatu di luar rutin kelazimannya. Contohnya, jika Daddy pandai bermain gitar atau biola, hiburkanlah si manja dengan beberapa lagu. Dia pasti terpesona. Atau bawalah dia bersiar-siar di tepi kolam atau mendengar kicauan burung dan unggas.
 
Aktiviti ini boleh dianggap sebagai satu pengalaman baru untuk pancaindera si manja. Jangan lupa, apabila si manja mendengar bunyi-bunyian tersebut, nyatakanlah nama burung atau unggas tersebut dengan jelas agar si manja kenal, faham dan ingat. Ini juga satu bentuk rangsangan yang dapat membantu hubungan sel-sel otak si manja.



Apa Pilihan Daddy Hairul Untuk Little Hero Yusuf Memulakan Paginya?
Untuk keperluan harian Little Hero Yusuf yang bermula pada awal pagi, Daddy Hairul memilih Susu Anmum Essential. Bukan sahaja berkhasiat, Susu Anmum Essential juga mudah disediakan walaupun Mommy Hanis tiada di rumah. Daddy Hairul hanya perlu membancuh dengan air suam, goncangkan bekas sehingga susu sebati, dan tadaaaa! Ia siap untuk dinikmati oleh Little Hero Yusuf, semudah A-B-C!



Apa Khasiat Susu Anmum Essential yang Baik Untuk Si Manja?
Kini dengan Mind-Q Connect, ada DHA dan dua kali lebih Gangliosida (GA®), tanpa gula tambahan, superdad seperti Daddy Hairul tahu bahawa pengambilan susu Anmum Essential secara konsisten dengan diet seimbang memenuhi keperluan pemakanan Little Hero Yusuf.
 
Pemakanan yang baik serta rangsangan yang positif adalah dua faktor yang amat penting dalam menyokong hubungan sel-sel otak si manja.
 
Inilah matlamat superdad Hairul dalam membesarkan Little Hero Yusuf daripada aspek fizikal, mental dan emosi agar dia terus membesar sebagai anak yang pintar, cerdas, cergas, responsif, lincah dan aktif.