8 Tips Membesarkan Anak yang Pintar – Ini Amalan Supermom Hanis, Ibu Bapa Malaysia Wajar Baca dan Cuba

8-tips-membesarkan-anak-yang-pintar-ini-amalan-supermom-hanis-ibu-bapa-malaysia-wajar-baca-dan-cuba
Tahun-tahun terawal usia si manja amat kritikal kerana ini satu-satunya fasa di mana perkembangan otak berlaku dengan pesat sekali. Supermom Hanis Zalikha sedar, inilah tempoh penting untuk dia memberikan sepenuh perhatian kepada keperluan Little Hero Yusuf. Anda mahu tahu tipsnya? Ayuh baca panduan Mommy Hanis, pasti ada yang boleh kalian manfaatkan untuk si manja.

pic-2-(1).png

8 Tips Membesarkan Anak yang Pintar dan Cerdas
Memiliki anak yang pintar dan cerdas pastinya impian semua supermom dan superdad. Ini lapan panduan penting yang boleh kita amalkan:

Tips 1 Berikan Pendidikan Awal Kepada Si Manja
Pendidikan awal anak haruslah bermula semenjak dia berada di dalam katil lagi. Pada peringkat ini, para ibu bapa wajar MEMAKSIMAKAN beberapa perlakuan atau aktiviti seperti:
1.1 Menunjukkan respons dan ekspresi kasih sayang.
1.2 Bercakap-cakap atau berbual-bual dengan si manja.
1.3 Menyanyi atau bersenandung untuk si manja.
1.4 Mengajaknya bermain permainan yang memanfaatkan degan elemen gambar, nombor, warna dan ritma bunyi-bunyian.
 
Pada fasa ini juga, para ibu bapa disarankan agar MEMINIMAKAN beberapa perlakuan atau aktiviti seperti:
1.1 Sengaja membiarkan anak menangis secara berterusan tanpa berusaha mencari punca tangisan atau menghentikan tangisan tersebut.
1.2 Membiarkan anak berada dalam keadaan ‘stress’, misalnya membiarkan dia berada dalam keadaan lapar, tidak selesa, sakit dan sebagainya.
 
 

🦁

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Tips 2 Bacakanlah Buku, Biar Si Manja Mendengarnya
Bacakanlah buku cerita yang menarik untuk si manja. Dia mungkin tidak faham apa yang anda perkatakan, tetapi percayalah, aktiviti ini dapat menyokong perkembangan kemahiran linguistiknya.

Tahukah anda, kanak-kanak yang selalu dibacakan buku cerita semasa kecil, mempunyai minat yang lebih mendalam terhadap buku apabila dia meningkat remaja? Dia juga lebih menyerlah di bangku sekolah, malah lebih berjaya apabila dewasa? Jadi ayuh, bacakanlah sesuatu untuk si manja. Membaca sememangnya aktiviti yang amat penting yang boleh merangsang hubungan sel-sel otak si manja. Mulakan sekarang.
 
pic-3-(1).png

Tips 3 Dengarlah Kata-kata Si Manja
Wah, pandainya si manja berkata-kata! Tetapi anda tidak pasti apa yang cuba disampaikan kerana butirannya tidak jelas. Tak mengapa, jangan risau wahai supermom dan superdad. Anda barangkali tidak berapa memahaminya, tetapi dengarlah dengan tekun apa yang cuba si manja sampaikan. Perhatian anda dapat merangsang minatnya untuk terus berkomunikasi.

pic-4-(1).png

Tips 4 Berinteraksilah Dengan Anak Anda Selalu
Banyak kajian menunjukkan bahawa interaksi, perlakuan mendakap, memeluk dengan erat, menyayangi dan aktiviti bermain dengan si manja memberikan kesan yang amat kuat terhadap perkembangan otaknya. Hubungan kasih sayang yang terjalin antara ibu bapa dan anak mampu memberikan sokongan atas perkembangan asas pemikiran si manja. Oleh kerana itu, anda harus terus rajin berinteraksi dengan si manja. Jangan biarkan dia keseorangan.
 
Tips 5 Jangan Halang Si Manja Bermain dan Bereksplorasi
Tahukah anda, apabila si manja aktif bermain, dia mencipta asas untuk kemahiran intelektual, sosial, fizikal dan emosinya? Apabila si manja bermain dengan anak-anak yang lain, dia sebenarnya belajar untuk menggabungkan idea, impresi dan perasaan dengan pengalaman serta pendapat kawan-kawan sebayanya yang lain.

pic-5-(1).png

Ini satu jaringan pergaulan yang baik. Ia bukan saja baik untuk membina keyakinan diri, malah dapat menyokong hubungan sel-sel otaknya.
 
 

Kadang-kadang suka bila kawan kita tanya dulu anak kita suka apa sebelum belikan hadiah. (Tapi kadang-kadang suka juga kena surprise sebab mak dia yang opocot terharu excited). But my thoughtful girlfriend @lianakhairul asked me sekarang Yusuf tengah suka apa. So I told her colourful balls! Yusuf sangat enjoy ballpits kalau bawak pergi indoor playground. I suggested for her to just buy the balls, no need the pool. Sebab kami ada babycot yang tlah setahun tak digunakan lagi. Yusuf memang taknak tidur babycot, duduk sekejap pun taknak, jadi tempat kami simpan bantal dan gantung tuala saja 🀣 And mother knows bestttt... Yusuf enjoy sangat his new space, this colourful ballpit cot! Pagi-pagi dia akan panjat masuk sendiri. Tengok tv pun dari dalam sini. Tiba-tiba cot ini jadi sangat happening. Lol #TipsMommynis 10bulan - 2tahun πŸ‘ΆπŸ»

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Tips 6 Jadikan Muzik Sebahagian Daripada Hidup Si Manja
Aktiviti mendengar muzik boleh merangsang memori, daya fokus dan motivasi. Bukan itu sahaja, ia juga merangsang proses pembelajaran. Mendengar muzik juga boleh merendahkan kadar stress yang boleh mengganggu minda si manja. Perkembangan otak si manja lebih pantas dengan kehadiran latihan muzik. Anda patut cuba tips ini dan lihat hasilnya sendiri.

pic-6-(1).png

Tips 7 Galakkan Si Manja Menjadi Lincah dan Aktif
Aktiviti fizikal bukan sahaja menjadikan si manja lebih kuat dan sihat, malah, ia juga satu kaedah yang dapat menyokong perkembangan mental si manja. Aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal boleh meningkatkan minat si manja untuk terus bereksplorasi. Jika aktiviti fizikal atau senaman bagus untuk menajamkan fokus mental manusia dewasa, ini juga berkesan terhadap perkembangan otak si manja.
 
 

Yang Terindah Yusuf Band

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Tips 8 Berikan Makanan yang Berkhasiat Kepada Anak Anda
Pemilihan sumber makanan yang betul amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang akan menyokong perkembangan kebijakan si manja. Pengambilan makanan bernutrisi haruslah bermula semenjak fasa kehamilan ibu. Tahukah anda, diet yang seimbang yang mengandungi kesemua kumpulan makanan – bijiran seperti nasi dan roti, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan yang kaya protein seperti telur, ikan, daging dan kekacang, serta susu dan produk tenusu, amat penting untuk menyokong tumbesaran si manja termasuk perkembangan otaknya? Jadi, periksa dulu apa yang anda berikan kepada si manja. Makanan ringan? Jangan sekali-kali!
 
 

Yusuf & @bujibuchempel malam ini di...

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

 Inilah Sebabnya Mommy Hanis Memilih Anmum Essential Untuk Little Hero Yusuf
Seperti yang dinyatakan dalam Tips 7 dan 8, para ibu bapa memang digalakkan agar merangsang si manja dan mengamalkan diet yang seimbang termasuk memberikan produk susu-tenusu selalu supaya dia membesar dengan sihat dan aktif. Sebab itu tidak hairanlah mengapa supermom Hanis sentiasa memastikan permata hatinya memperolehi khasiat terbaik untuk tumbesaran fizikal dan mentalnya. Dan pilihan Mommy Hanis, tentulah Anmum Essential!
 
Kini dengan Mind-Q Connect ada DHA dan dua kali lebih Gangliosida (GA®), tanpa gula tambahan, supermom seperti Mommy Hanis tahu bahawa pengambilan susu Anmum Essential secara konsisten dengan diet yang seimbang dapat memenuhi keperluan pemakanan Little Hero Yusuf.
 
Pemakanan yang baik serta rangsangan positif amat penting dalam menyokong hubungan sel-sel otak si manja. Inilah jawapannya mengapa Little Hero Yusuf terus kekal cergas, cerdas dan aktif!
 
Bermain, berinteraksi, bereksplorasi dan diet seimbang termasuk susu Anmum Essential! Inilah untuk menyokong perkembangan Little Hero Yusuf. Jika permata hati supermom Hanis dan superdad Hairul menyukainya, mengapa tidak si manja kalian juga?