Rahsia Little Hero Yusuf Cerdas & Aktif — Rupanya Ini 10 Amalan Daddy Hairul, Ibu Bapa Mohon Baca

rahsia-little-hero-yusuf-cerdas-aktif-rupanya-ini-10-amalan-daddy-hairul-ibu-bapa-mohon-baca

Selain faktor genetik, kebijakan seorang anak kecil itu juga bergantung kepada sel-sel otaknya yang saling berhubung. Rupa-rupanya, ada beberapa amalan mudah namun amat efisien yang superdad Hairul Azreen dan supermom Hanis Zalikha praktikkan selalu

TAHUKAH anda, dalam sebuah kajian yang dijalankan, didapati bahawa hanya 2 daripada 5 orang kanak-kanak aktif secara fizikal pada setiap hari? Tahukah juga anda, di Malaysia, seorang daripada 10 orang kanak-kanak didapati memiliki berat badan berlebihan atau mengalami obesiti? Didapati juga, kanak-kanak remaja yang mempunyai berat badan berlebihan adalah 70% lebih berisiko menjadi gemuk apabila dia dewasa?

Screen-Shot-2018-03-09-at-4-47-37-PM.png

Bolehkah Masalah Obesiti dan Tidak Aktif diatasi Semenjak Anak Kecil?

Ya, kedua-dua perkara ini saling berkait. Namun ia boleh dicegah jika para ibu bapa mengambil pendekatan awal untuk menggalakkan si manja menjadi cergas, lincah dan aktif.

Screen-Shot-2018-03-09-at-4-48-16-PM.png

Berikut 10 Cara Menggalakkan Anak Menjadi Cergas dan Aktif Macam Little Hero Yusuf

Little Hero Yusuf bertuah kerana dengan sokongan dan kasih sayang keluarga, dia bukan saja cergas dan aktif, malah nampak ceria.

TIPS 1 Carilah Aktiviti Interaktif yang Sesuai Untuk Si Manja

Carilah satu atau dua aktiviti interaktif yang disukai si manja. Lebih seronok dia dengan aktiviti itu, maka lebih besar kemungkinan dia akan terpikat lalu meneruskan aktiviti itu pada masa-masa akan datang. Jika seluruh ahli keluarga boleh turut serta dalam aktiviti si manja, itu lebih baik.

Ibu bapa boleh mencuba aktiviti interaktif. Contohnya, mereka boleh mengajak si manja bersama-sama melakukan aktiviti berkebun seperti menyemai benih sayur, menanam pokok bunga atau menabur baja organik pada pokok yang dtanam. Sambil berkebun, ibu bapa boleh menerangkan kepada anak-anak akan kepentingan menjaga alam sekitar secara kasual dan ‘fun learning’. Anak-anak pasti seronok.

TIPS 2 Pilihlah Aktiviti Fizikal yang Sesuai Dengan Perkembangan Umurnya

Apabila memilih satu-satu permainan atau aktiviti fizikal, pastikan ia sesuai dengan usia si manja anda. Sebagai contoh, aktiviti mengangkat berat atau berlari sejauh 3 batu di atas threadmill memang tidak sesuai untuk si manja.

Sebaliknya, anda boleh pilih untuk membawanya bermain air, berenang, bermain bola, memanjat di gim kanak-kanak, memandu kereta kawalan jauh dan sebagainya.

Kata Mommy Hanis, “Pada usia ini, si manja memang lincah dan aktif. Kerana itulah si manja perlu mendapat kalsium yang cukup. Susu bukan sahaja baik untuk tulang, malah ia menyokong tumbesaran si manja. Sebab itu saya sentiasa pilih susu Anmum Essential untuk Little Hero Yusuf. Yang penting, anak-anak perlu dapat simulasi dan nutrisi yang sesuai untuk menyokong hubungan antara sel-sel otak mereka. Barulah kita dapat lihat perkembangan si manja daripada segi emosi, mental dan sosial.”

Screen-Shot-2018-03-09-at-4-47-58-PM.png

TIPS 3 Rancang Aktiviti Si Manja

Kalau ingin membawa si manja meneroka aktiviti lasak, pilihlah waktu yang sesuai. Misalnya, jika si manja biasa tidur selama setengah jam selepas waktu makan tengah hari atau selepas minum susu pada jam 12.00 tengah hari, maka cuba jangan ganggu rutin tersebut. Bawalah dia bergembira dan bermain aktiviti lasak apabila dia benar-benar bersedia. Barulah dia gembira dan tidak meragam.

TIPS 4 Berikan Si Manja Meneroka Alat Permainan Aktif

Ini yang Mommy Hanis Zalikha dan Daddy Hairul Azreen lakukan apabila membawa Little Hero Yusuf bermain di Jungle Gym. Dengan peralatan permainan yang interaktif, berwarna-warni, kondusif dan menghiburkan, ternyata Little Hero Yusuf teruja mencuba hampir semua permainan yang ada!

Pesan Mommy Hanis, “Kalau ingin bergurau atau mengajak si manja mencuba aksi lasak, pastikan mommy atau daddy ada bersama. Mommy atau daddy perlu pastikan keselamatan si manja sentiasa terjamin.”

Tambah Mommy Hanis lagi, “Macam Little Hero Yusuf dengan daddy, ada masanya, mereka saling bergurau, buat front roll, buat aksi lasak, tetapi saya tak risau sebab Daddy Hairul sememangnya pakar aksi lasak. Cuma nasihat saya, jangan sekali-kali cuba aksi ini di rumah kalau anda tidak pernah lakukannya. Dan lagi, sentiasalah pantau pergerakan si manja, sepanjang masa.”

Screen-Shot-2018-03-09-at-4-46-10-PM.png

TIPS 5 Pastikan Persekitaran Si Manja Bermain Itu Selamat

Kalau mahu membawa si manja bergembira atau meneroka aktiviti lasak, lihat dulu kawasan persekitaran. Adakah kawasan itu selamat dan kondusif? Adakah ia memberikan risiko kecederaan?

Jauhkan si manja daripada risiko-risiko serta aktiviti yang membahayakan seperti memanjat tempat tinggi tanpa kehadiran tilam keselamatan, tempat yang terdedah pada sumber elektrik atau sumber api/gas, tempat yang berisiko memberikan kecederaan contohnya permukaan lantai yang berlubang atau tidak sekata, hadirnya permukaan atau perabot-perabot yang berbucu tajam dan sebagainya.

Screen-Shot-2018-03-09-at-4-49-11-PM.png

TIPS 6 Mommy dan Daddy Perlu Jadi Contoh Teladan

Tahukah anda, lebih kerap anda dedahkan si manja dengan persekitaran aktiviti aktif, maka lebih besar kemungkinan si manja terus mencintai aktiviti aktif apabila dia dewasa nanti? Jadi, teruskan membawa si manja menyaksikan anda melakukan aktiviti kesukanan seperti bowling, bermain bola, berbasikal, berenang, bermain badminton, luncur ais dan sebagainya. Lama-kelamaan, minatnya pasti tumbuh lalu subur.

Screen-Shot-2018-03-09-at-4-55-01-PM.png

TIPS 7 Bermainlah Bersama Si Manja, Jangan Asyik Main Telefon

Tentu kalian biasa lihat, banyak mommy dan daddy suka membawa anak-anak mereka ke taman permainan, tetapi meninggalkan si manja begitu sahaja untuk bermain seorang diri kerana sibuk bersembang dengan kawan atau membelek telefon bimbit. Betul tak?

Jangan tinggalkan si manja begitu sahaja. Sebaliknya, bermainlah dengan si manja. Masuklah ke dalam dunia si manja. Ia bukan sahaja merapatkan ikatan kasih sayang kalian sekeluarga. Malah, aktiviti ini menyokong perkembangan fizikal dan emosi anak anda.

TIPS 8 Kurangkan Menonton Hiburan di Skrin

Tahukah anda, The American Academy of Pediatrics menyarankan supaya ibu bapa hanya mendedahkan anak-anak terhadap skrin TV, komputer, tablet atau permainan video, tidak lebih daripada dua jam dalam sehari?

Lalu apa yang sebaiknya untuk anak-anak? Ya, anak-anak digalakkan supaya meluangkan lebih banyak masa pada aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh membuatkan jasmani aktif dan badan berpeluh. Inilah sebabnya Mommy Hanis dan Daddy Hairul membawa Little Hero Yusuf bermain di Jungle Gym.

TIPS 9 Jangan Pula Bermain Sehingga Mudaratkan Badan

Do not overdo it. Ya, selalulah berpesan dan mengingatkan si manja, agar berhenti bermain apabila sudah penat dan tidak larat. Ingat! Permainan fizikal sewajarnya tidak mencederakan. Jangan berlebih-lebihan jika si manja tidak larat atau terlalu penat.

Pastikan juga si manja kalian bermain dan beraktiviti aktif sambil terus mengamalkan diet yang seimbang. Aktiviti merangkak, berguling, berlari, melompat, memanjat, ya — semua aktiviti ini dapat membantu anak-anak agar dapat membesar dengan baik.

Screen-Shot-2018-03-09-at-4-56-08-PM.png

Ini Perkongsian Mommy Hanis dan Daddy Hairul Untuk Ibu Bapa Malaysia

Menurut Mommy Hanis, rutin membawa Little Hero Yusuf beriadah di luar bukanlah perkara asing. “Sewaktu umurnya baru setahun, kami sudah bawa Little Hero Yusuf berenang di laut dalam di Kepulauan Maldives… Bayangkanlah!”

Cerita Hanis lagi, “Kami tak takut dedahkan Little Hero Yusuf pada aktiviti lasak dan lautan yang luas terbuka, kerana kami tahu, Little Hero Yusuf memang anak yang berani. Lagipun, dia menerima nutrien yang diperlukan daripada susu pilihan kami, Anmum Essential untuk menyokong tumbesaran Little Hero Yusuf.”

 Ini Sebabnya Anmum Essential Sentiasa Pilihan Nombor Satu

Ya, inilah keperluan Little Hero Yusuf sewaktu dia sedang membesar dengan aktif. Kini dengan Mind-Q Connect, ada DHA dan dua kali lebih Gangliosida (GA®), tanpa gula tambahan, superparent seperti Mommy Hanis dan Daddy Hairul tahu bahawa pengambilan susu Anmum Essential secara konsisten dengan diet seimbang, memenuhi keperluan pemakanan Little Hero Yusuf. Pemakanan yang baik serta rangsangan yang positif sememangnya amat penting dalam menyokong hubungan sel-sel otak si manja.

Nampaknya kaedah yang Mommy Hanis dan Daddy Hairul amalkan dalam membesarkan Little Hero Yusuf dari segi fizikal dan emosi — memang efektif! 

Ayuh, superparents Malaysia! Kita sama-sama manfaatkan panduan ini agar si manja kalian terus membesar sebagai anak yang pintar, cerdas, cergas, responsif, lincah, sihat dan aktif.