Oh My Family

Episod Penuh

  • [FULL] Anak-anak Rita Rudaini & Amarra Azad Jazmin luah perasaan sambil kemas rumah I Oh My Family Ep 3

    [FULL] Anak-anak Rita Rudaini & Amarra Azad Jazmin luah perasaan sambil kemas rumah I Oh My Family Ep 3

  • [FULL] Ara Aziz M Osman & Dahlia Arissa Datuk Aaron Aziz buat mata masuk habuk | Oh My Family Ep 2

    [FULL] Ara Aziz M Osman & Dahlia Arissa Datuk Aaron Aziz buat mata masuk habuk | Oh My Family Ep 2

  • [PENUH] Oh My Family Episod 1

    [PENUH] Oh My Family Episod 1

Profil

Keluarga Dato Aaron Aziz

Keluarga Dato' Aaron Aziz

Keluarga Azad Jasmin

Keluarga Azad Jasmin

Keluarga Dato Fazley Yaacob

Keluarga Dato' Fazley Yaakob

Keluarga Aziz M.Osman

Keluarga Aziz M.Osman

Keluarga Rita Rudaini

Keluarga Rita Rudaini

klik imej untuk profil penuh

Keluarga Dato' Aaron Aziz

Siapa yang tidak kenal dengan Aaron Aziz, pelakon terkenal tanah air. Hasil perkahwinannya bersama Diyana Halik, mereka dikurniakan cahaya mata bernama Dahlia Arissa. Uniknya karakter Dahlia ni, dia seorang yang sukakan aktiviti lasak dan gemarkan cabaran. Oh, tidak ketinggalan juga bakat bapanya diwarisi oleh Dahlia semestinya. Ini kerana Dahlia sangat gemar membuat persembahan pentas di sekolahnya.

Keluarga Azad Jasmin

Pasangan sensasi dan popular Malaysia siapa lagi kalau bukan Azad Jasmin dan pasangan Eira Syazira telah dikurniakan anak sulung mereka yang bernama Amarra Sofea Rose. Tidak dinafikan Amarra merupakan 'buah hati' daddynya, akan tetapi Amarra sering kali begaduh manja bersama daddynya, kerana daddynya sering kali mengacau dan mengusiknya ketika menyanyi, makan mahupun ketika bercakap di hadapan kamera telefon pintarnya.

Keluarga Dato' Fazley Yaakob

Singer chef? Ya! Itulah istilah yang paling tepat untuk ayah serba boleh, Dato'Fazley dan isteri Datin Azrene Soraya. Hasil perkahwinan yang dibina, mereka dikurniakan tiga orang hero kacak iaitu anak sulungnya Payish, anak keduanya Piyash dan anak ketiganya Piyush yang sememangnya menceriakan hari-hari mereka dirumah. Apa yang menariknya tentang mereka ini, ketiga-tiga mereka mempunyai minat terhadap muzik sehingga mereka menubuhkan band secara kecil-kecilan untuk mengisi masa lapang mereka. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Keluarga Aziz M.Osman

Pengarah filem dan drama tersohor Malaysia, Aziz M.Osman bersama isteri Puteri Lily Lokman mempunyai seorang 'princess' Puteri Nur Azzahra namanya . Tidak seperti kanak-kanak perempuan yang lain, sejak kecil lagi Ara Aziz merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan petah berkata-kata. Beliau juga merupakan seorang kanak-kanak yang gemar bersolek dan 'pakar' membuat 'tutorial' bersolek di channel Youtube nya sendiri!

Keluarga Rita Rudaini

Siapa yang tak kenal dengan dua adik beradik kacak lagi bergaya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang merupakan anak kepada pelakon terkenal Rita Rudaini. Hebatnya perhubungan dua beradik ini ialah mereka berkongsi minat yang sama iaitu gemarkan alat muzik dan juga mempunyai minat melakukan aktiviti sukan seperti bermain bola sepak dan badminton . Mungkin juga suatu hari nanti dua adik beradik kacak ini menjadi ahli muzik atau atlet yang professional!

Video-video lain

Video-video Lain

Galeri